Terjun paya tiga pagi – Hiburan

TERJUN ke dalam paya busuk pada pukul tiga pagi bukan satu perkara yang ‘seronok’ untuk dilakukan. Namun bagi pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussain, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar kepadanya dek kerana komitmen untuk menjayakan watak Hassan menerusi telefilem seram Cerita Seram Paya Hitam.

Tentu sahaja komitmen yang ditunjukkan oleh Faizal begitu menarik perhatian Hana Hussain yang bertindak selaku penerbit. Apa yang ditunjukkan oleh pelakon berkenaan begitu dihargai dan patut dijadikan contoh oleh pelakon generasi baharu.

“Dalam Cerita Seram Paya Hitam, saya begitu teruja dengan kesudian Faizal yang begitu komited dengan watak yang diberikan. Bayangkan dia terjun ke dalam paya sekitar pukul tiga pagi, perkara tersebut dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Secara peribadinya, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dia sendiri tidak pernah berkira walaupun kesejukan pukul tiga pagi,” kata Hana mewakili penerbitan Million Pictures Sdn. Bhd.

Mengakui tidak sukar untuk memujuk Faizal menunjangi telefilem ini, Hana menjelaskan yang pihaknya berterima kasih kerana pelakon tersebut memberikan komitmen berganda sepanjang sembilan hari di set penggambaran.

Turut memuji komitmen pelakon lain yang turut sama termasuklah Nonny Nadira, Raja Afiq dan Rayyan Iskandar, mereka juga bersungguh-sungguh mahu menghasilkan yang terbaik.

Menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Rembau, Negeri Sembilan, tentu sahaja lokasi turut memainkan peranan yang penting bagi mencantikkan lagi telefilem ini secara keseluruhan.

“Dalam kebanyakan penerbitan kami, lokasi Kuala Selangor dan Kuala Langat sering kali menjadi lokasi utama. Tapi untuk memberikan kesegaran kepada Cerita Seram Paya Hitam, kami sanggup ke Rembau untuk mendapatkan lokasi terbaik.

“Walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa masalah, semua itu tidak menghalang krew produksi daripada terus memberikan yang terbaik,” tambahnya lagi.

Menariknya, Cerita Seram Paya Hitam sebenarnya mendapat sentuhan pengarah filem popular, Bade Haji Azmi.

Walaupun pada awalnya berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan khidmat pengarah berkenaan, Hana akhirnya berjaya memujuk Bade untuk turut serta memberikan sentuhan emasnya.

“Sebenarnya sudah 10 tahun Bade tidak mengarahkan cerita hantu disebabkan dia menentang kisah begitu. Tapi setelah dipujuk beberapa kali, dia akhirnya bersetuju untuk mengarahkan telefilem ini.

“Sentuhan Bade tidak pernah mengecewakan. Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan membuatkan saya yakin Paya Hitam mampu menjadi telefilem terbaik,” ujarnya lagi.

Kemas

TIDAK mahu menjadi kisah seram yang ala kadar, krew produksi sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan khidmat jurusolek Ella Sandra yang sudah berpengalaman luas dalam penerbitan filem sebelum ini.

Tambah Hana lagi, walaupun berbelanja lebih, pihaknya tidak berpuas hati dengan hasil solekan Ella yang disifatkan dalam kelas antarabangsa.

“Ini…

Read the full article from the Source…

Back to Top